Gold facial 24K / Rawatan Muka Hablur Emas 24K


Updated 17.8.15
Di spa ini terdapat rawatan muka hablur emas 24K yang bersiaran di rancangan Nona pada awal tahun ini dan terbaru Rawatan Naik Seri Pengantin di Nona 11.11.12. Rawatan emas 24K ini atau juga dikenali sebagai Gold Facial sememangnya berkesan untuk merawat kulit kusam, berjerawat dan jeragat yang merupakan masalah utama wanita.
 
Facial
Facial Remaja                                         60 Minutes               RM 82
-       Member’s price:        RM 70.30
Facial Whitening                                                 75 Minutes           RM 138
-       Member’s price:        RM 118.30
Facial Collagen                                          90 Minutes                    RM 140
-       Member’s price:        RM 120
Facial Aura                                                90 Minutes            RM 170
-       Member’s price:        RM 145.80
Facial Totok                                               120 Minutes         RM 172
-       Member’s price:        RM 147.40


 
24K Gold Facial

                               
Full Gold 24K Facial             3.5 Hours
1st RM 888
2ND RM 788
3RD RM 698


Half Gold 24K Facial                       
1ST RM 288
2nd RM 259
                                           3RD RM 230.40
                                           4TH RM 201


Fungsi emas antara lain:

KHASIAT EMAS DALAM KAEDAH PERAWATAN TERKINI

a.Merangsang Sistem Imun dan Membantu Mencegah Kanser
Kajian yang dilakukan oleh sekumpulan penyelidik dari Indian Institute of Technology Roorkee, India menunjukkan, nanopartikel emas merupakan nanopartikel yang paling sering digunakan untuk diagnostik dan sebagai ubat. Emas koloid (nanopartikel emas) ialah larutan berwarna berkeamatan tinggi kini sedang dikaji di dalam makmal-makmal untuk kegunaan perubatan dan biologi (kaji hayat).

Sifat-sifat kimia yang unik dari emas koloid membuatnya menjadi target yang menjanjikan kaedah dalam perawatan sel-sel spesifik gen. Emas dan komposit nanopartikel silika telah diteliti sebagai nanobullets untuk kanser. Para peneliti juga menggunakan nanopartikel magnetik untuk merawat kanser. Penggunaan nanopartikel magnetik dalam biologi sel pertama kali diusulkan pada awal 1990-an dan telah digunakan untuk membuat pemisahan sel atau molekul seperti protein, peptida dan DNA menjadi jauh lebih mudah.
Dalam perubatan, penggunaan pertama nanopartikel ditemukan dalam diagnosis tumor di hati dan limpa menggunakan tomografi resonansi magnetik. Dalam terapi kanser, kesulitan utama adalah untuk menghancurkan sel tumor tanpa merosakan jaringan normal. Radioterapi berupaya untuk fokus radiasi pada tumor, tetapi tidak dapat melindungi kerosakan jaringan sel yang sihat dalam cara yang diinginkan. Justeru, nanopartikel magnetik berfungsi dalam perawatan kanser yang mampu menghindari efek samping dari kemoterapi konvensional. Penggunaan nanopartikel sebagai perawatan anti kanser memiliki potensi besar untuk merevolusi terapi kanser di masa hadapan.

b.Mencegah Kedutan, Kenduran Kulit & Menjadikan Awet Muda
Kerutan pada kulit dapat diatasi dengan emas. Perawatan ini akan mengembalikan kulit yang lebih elastik dan anjal sehingga anda terlihat awet muda sama ada secara luaran mahupun dalaman. Emas berfungsi memperbaiki kerosakan sel dan mengaktifkan sel serat induk sehingga kulit terlihat lebih anjal, tegang dan awet muda.
Juga membantu pengguna mengurangkan tanda penuaan, mencerah, mengurangkan pigmentasi keterlaluan serta dikatakan memiliki 10 kali keberkesanan kolagen. Pelembab yang terdapat di ion emasnya membuat kulit lebih anjal dan memberi perlindungan terhadap radikal bebas.


c.Melancarkan Aliran Darah

Kulit bersifat telus dan mengandung air. Penggunaan emas dapat memberikan kontraksi dan memacu pengedaran darah menjadi lebih baik. Aliran darah yang baik akan memberikan efek kulit yang sihat sehingga kulit yang pucat dan berkerut akan dapat diatasi.
Perawatan dengan menggunakan emas, menjadikan kulit terasa sejuk, nyaman dan dingin. Tidak hanya terasa di permukaan kulit, tapi juga dari dalam kulit sehingga masalah kantung mata hitam boleh diatasi.

d.Merangsang Pembaharuan Tisu Kulit

Emas mampu memberikan stimulasi terhadap aktiviti pembaharuan sel. Ia merangsang pembaharuan tisu untuk merawat masalah kulit seperti masalah jerawat, jeragat, kulit kusam dan tidak bermaya. Emas juga sangat efektif untuk memperbarui tisu kulit. Toksin di dalam kulit akibat debu atau penyebab lain boleh diangkat oleh emas 24 karat itu di samping bersifat antialergi.

e.Membangkit Aura & Memberi Perlindungan dari Sinaran Matahari.
Emas mampu membuka aura dan meregenerasi kulit di mana kulit wajah akan menyerap khasiatnya. Perawatan menggunakan emas sudah pun diamalkan sejak beribu tahun lalu. Cleopatra pada zaman itu dikatakan gemar menabur campuran serbuk emas pada wajah dan badannya bagi menghasilkan kulit cerah bersinar.

Penggunaan emas dalam bidang kosmetik dikatakan mampu mencantik dan membersihkan kulit supaya lebih bercahaya. Ia berfungsi sebagai pelindung kulit dan sesuai untuk mereka yang sentiasa terdedah di bawah sinaran cahaya matahari.

 Produk facial yang digunakan adalah produk Silvana Miracle yang digunakan artis-artis Malaysia termasuklah selebriti terkenal dan VVIP. Harga berpatutan dan tidak terlalu mahal tetapi yang penting berkualiti serta berkesan.
Kepada yang berminat sila isi borang yang disediakan di sebelah kanan blog ini dan isi di bahagian "Any Comments" dengan tarikh dan waktu yang dikehendaki. Segala temujanji hendaklah dibuat selewat lewatnya sehari dari tarikh temujanji.

HUBUNGI KAMI / CONTACT US:
KL - DUNIA SERI ANGGUN 0183719803
KEDAI DI SHOPLOT LUAR TESCO  AMPANG KL
1-15 JALAN PANDAN PRIMA 2, DATARAN PANDAN PRIMA 55100 KL

Ulasan

  1. ada x cawangan spa anggun ini untuk perawatan facial emas di Kedah?

    BalasPadam
  2. Hai Ms Linda Ahmad, rawatan facial emas ini akan berada di Kedah sekiranya ada permintaan. Seri akan umumkan road tour ke Kedah dan jika yang berminat dan booking full gold emas ini mencukupi, maka kami akan berada di Kedah!

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan Popular