Mandi Bunga Naik Seri Dan Holistik Produk / Special Hollistic Flower Bath
Alamilah perawatan kecantikan Cik Siti Wan Kembang dengan mengamalkan mandi bunga aura seri. Mandi bunga naik seri telah lama diamalkan dalam masyarakat Melayu terutamanya perawatan di istana. Terkenal dengan kecantikannya dan menamakan negeri pemerintahannya di ketika itu dengan Negeri Serendah Sekebun Bunga kerana keistimewaan yang terdapat pada bunga yang mempunyai khasiat menaikkan seri wajah serta awet muda. Dapatkan perawatan ini di spa Dunia Seri Anggun agar badan anda menjadi segar, wangi, berseri dan awet muda. Alami kecantikan semulajadi dengan perawatan mandi bunga aura seri.
Kajian pada kelopak bunga mendapati bahawa tujuh jenis warna bunga yang berlainan akan menghasilkan aura bunga ketika direndam dalam air yang merupakan corak pelangi yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar namun sebaran minyak yang keluar daripada hasil bunga itu dapat dilihat. itulah yang dimaksudkan dengan molekul aura yang terkandung dalam bunga.
Kajian sains membuktikan bahawa bunga adalah pencerap tenaga matahari yang baik. Mandi bunga akan mendapat kebaikan daripada tenaga matahari yang telah dicerap dan diproses oleh bunga.
Mandi bunga tidak termasuk dalam bida'ah kerana ada kafiat tertentu untuk tujuan perubatan asalkan niat itu baik. Gambar menunjukkan diri saya sendiri pada tahun hujung tahun 2011 dan selepas mandi bunga berterusan sebulan sekali pada awal tahun 2012
Keistimewaan Mandi Bunga Istimewa Aura Seri:
- Salah
satu usaha untuk mendapatkan jodoh, melariskan perniagaan, membuang misteri
dalamn tubuh, menaikkan seri wajah, menguatkan dalaman dan jiwa.
- Sesuai untuk bakal pengantin sebagai penyeri diri, pemanis diri, penyegar diri, menaikkan seri wajah, nampak menawan, selalu dikasihi.
- Membantu masalah rumah tangga seperti selalu dikasihi suami/isteri, memberi ketenangan diri, selalu diingat suami/isteri.
- Mandian aroma harum terdiri daripada pati limau dan bebungaan yang digabungkan dengan susunan ayat-ayat suci Al Quran. & haruman bebungaan memberi sinergi kesegaran dan kecantikan dalaman dan luaran badan.
*Manusia
hanya mampu merancang tetapi Allah SWT sahaja yang mampu menentukan. Tetapi
manusia harus berusaha untuk mengubah nasib.
Ulasan
Catat Ulasan